Cinta seperti matahari, ia tetap
bercahaya. Walau malam
menjelma, cahayanya pada
bulan tetap menerangi kekadang
ia juga gerhana tetapi akan
kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa
tanpa cinta bagai rumah yang
kosong. Cinta tanpa menjiwai
bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak
mengenal usia, paras rupa,
mahupun kekayaan dan harta
karun, tetapi dari keikhlasan dari
hati setiap insan antara satu
sama lain.
Tidak semua orang yang engkau
cintai, mencintaimu dan sikap
ramahmu kadang kala dibalas
dengan sikap tidak sopan. Jika
cinta suci tidak datang daripada
tabiatnya, maka tidak ada
gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta.
Suka tidak serasi dengan cinta.
Kagum tidak bererti cinta.
Bangga tidak semestinya cinta.
Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari,
memberi TANPA mengharap
kembali. Cinta itu seperti sinar
matahari, TIDAK MEMILIH siapa
yang ia sinari. Cinta itu seperti
sinar matahari yang MEMBERI
KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’.
Cita cita dan tujuan kita satu
untuk menuju ke penamat yang
paling mengembirakan. Namun
di dalam perjalanan kita akan
menghadapi pelbagai rintangan
dan cabaran. Andainya tidak
mampu meneruskan, kita akan
tersungkur dan hadiah utamanya
akan di kebas oang lain. Tetapi
tak usahlah kecewa. Walaupun
hadiahnya tidak kita perolehi,
tetapi keseronokannya kita
sudah rasa. Jadi bercintalah
sepenuh hati. Namun jangan
letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk
ditelan, terlalu payah untuk
dilupakan namun dalam cinta
pasti akan merasai kecewa dan
dikecewakan walau bukan itu
matlamat dalam setiap
percintaan.
Kadangkala orang yang paling
mencintaimu adalah orang yang
tak pernah menyatakan cintanya
padamu kerana orang itu takut
kau berpaling dan menjauhinya.
Dan bila dia suatu masa hilang
dari pandanganmu….kau akan
menyedari dia adalah cinta yang
tidak pernah kau sedari ….
Cinta suatu yang indah, cinta
boleh buat kita gundah, cinta
buat hati berdarah dan cinta jua
boleh membawa kesalan yang
tak sudah...
No comments:
Post a Comment